Sunday, April 1, 2012

Running Man Versi UiTM Perlis

Assalamualaikum.
Dah dah tak payah nak buat muke *what* (cube klik, tengok ape jadi) pula sebab tiba2 ade update blog ini. keke.
Dan tidak perlu scroll ke bawah sebab walaupun blog ni dah lama, memang entry lama2 takde.
Hal ini kerana aku telah mendelete entry2 lama .
Harap Maklum.
Terima Kasih.












Eh, kejap .



Aku belum cerita lagi ape aku nak cerita. Keke . Tapi x pelah, berterima kasih amalam mulia :D
SO semalam aku ade modul 4 Kemahiran Insaniah (KI) - Pengukuhan Jati Diri.
Maklumat seperti yang terpacak di bawah.

Aktiviti : Running Man versi UiTM Perlis also known as Explorace also known as Treasure Hunt.

Waktu kejadian : 8am- 3pm. Tapi team ak sampai penamat dalam 12.30pm ke pukul 1pm gitu lahhh.Aku x tengok jam waktu itu. Hal ini kerana aku sudah selekeh yang amat sangat dan compang camping setelah bergelut dengan selut.

# Checkpoint ke-2
Dari jauh sudah kelihatan lalat-lalat menghurung bekas itu. Maka aku pun sudah mengagak pasti kena buat sesuatu yang agak ewww~ ewwww ~  Dalam bekas tu ada jenazah cicak , katak . Ada juga cengkerik, ratusan ulat ewww eww ~ cacing , and makhluk yang aku pun tak kenal --"
Ak memang dah loya dah tengok dalam tu, ingat kene tengok jeeee . Tak payah buat hape hape . Tapi sangkaan engkau orang meleset 360 darjah yeee . Setiap ahli kumpulan mesti amik 1 biji guli dari bekas tu. Dan walaupun ak jenis mudah geli, sebab ak pikir team ak, so berjaya jugak. redah aje lahhhh . sobs.  sobs . lepas tu cepat2 tina hulur air basuhkan tangan. Thanks tina :D



#Checkpoint ke-3
Kat sini kena bergayut terlentang macam tuuu. Tapi ini checkpoint paling ak sukeee... keh keh keh .
Sebab hang hanya perlu bergayut posisi gitu, nanti kawan2 hang yang gerak kan ....nak lagi boleh? :D

* nyalakan api


 Ini bukan upacara menyeru ye.  Sila jangan salah paham dengan asap itu .
 #Checkpoint ke-4
Kat sini nak uji skill memasak kitorang. Kalau lepas sini, boleh la balik kawen yeee. Eh . Tidak .
Kene masak nasi dan sardin , makan (semua orang dalam team tu, 34 orang)  basuh kemas semula within 30minutes *tetibe keluar omputih*  . Dibekalkan dengan 3 batang MAN-CISSS *lelaki cisss* 


  Ini team lain. Ak suruh muna snap gambar siap-siap sebab nanti ktorang dh jadi badak berendam , takkan nak pegang         henpon muna yang mahal lagi hensem itu amik gambar. kan?


#Checkpoint ke-5
Kat sini mula-mula kene berlari panjat 1 bukit buatan daripada kayu tuuu. Ape tah namanye.
Lepas tu hendaklah merangkak macam tentera tuu. Bawah kawat duri , dalam lumpur bercampur batu. *bukan air batu campur ye*  Team kami kene penalti, so kene buat 2x. sobs. kali ke-2 ak dah slow motion sebab lutut sudah sakit. Y_Y Kene penalti sebab? Sebab lepas buat yang 1st tu, kami p kolam sebelah, bilas baju. Padan muka . Bertindak tak ikut arahan lagi. Heu3 ~




Stadium . Penamat dan permulaan . Ade 17 team yang setiap team ada lebih kurang 30-34 ahli . :)
Dari sini bolehlah menonton team2 berlari2 ala2 macam dalam Explorace dengan muka kepenatan tetapi tetap bersemangat ! *cewahhh*


                                       
                                      

Inilah team sayaaaaa ~ :D
Kumpulan 1 . Kumpulan ke 5/17 yang sampai penamat . Kesuluruhan, tempat ke 6/17 .
Ok lah  tuu. Top ten. Daripada 17 tuuu ~~ *Sila buat muka kagum *
Dan Kumpulan paling ceria. Penat pun ceria dak2 neh . So , we got 2 hampers :D
Team dilepaskan pada jam 9pagi, tiba pada pukul 1pm kot penamat . x sure sebab x lihat jam. Lebih kurang le tuh .

So walaupun penat, dan hari ni jalan macam robot, tapi sangat best. Berapa kali kami pusing kampus tak tahu lah . -.-" memang kattang lah kan .Kenapa la kampus perlis ni besar sangat hah . xDD
Dan, teamwork kumpulanku memang mantooopppp . Congrats korang . :)
And we have  a good leader, i'd say.


p/s :maaf. saiz gambar saya tak tahu kenapa kecik, tanya muna . henpon beliau. xD
      Checkpoint 1 dan 6 takde gambar sebab tak sempat nak snap.

Lain kali.........


kalau ade Photobucket

Kalau ade  Photobucket

Kalau ade  Photobucket


Bes jugak kan ?

No comments: